Wednesday, 20 February 2013

Tatabahasa

IMBUHAN

Perkataan-perkataan dalam sesuatu bahasa boleh terdiri daripada kata dasar , iaitu bentuk kata yang terkecil yang tidak menerima sebarang imbuhan , atau bentuk terbitan , iaitu bentuk yang dihasilkan daripada proses memperluas kata dasar tadi melalui berbagai-bagai cara pembentukan kata .Imbuhan dimaksudkan unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya .


IMBUHAN AKHIRAN

Akhiran ialah imbuhan yang ditambahkan pada bahagian belakang kata dasar , misalnya  -an dalam lautan dan -kan dalam panjangkan

IMBUHAN SISIPAN

Sisipan ialah imbuhan yang diselitkan di antara unsur-unsur kata dasar ,
misalnya -em- dalam g + em + uruh .

IMBUHAN APITAN

Apitan ialah imbuhan yang ditambahkan serentak pada hadapan dan belakang kata dasar , misalnya ke-...-an dalam kedudukan dan pe-...-an dalam pedalaman.

MORFEM KOSONG

Ada morfen berubah fungsi nahunya tanpa apa-apa perubahan pada bentuknya. Gejala seperti ini tidak wujud dalam bahasa Melayu

BENTUK FLEKSI

Bentuk fleksi ialah imbuhan yang ditambahkan pada kata dasar untuk menentukan atau melahirkan sesuatu makna nahu. Gejala fleksi tidak wujud dalam kebanyakan bahasa Austronesia, termasuk bahasa Melayu dan mencari pinjaman peribadi

No comments:

Post a Comment